Berita Berita
Hampir seluruh negara hujan lebat malam ini

PETALING JAYA 28 Mac - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda 12 negeri sehingga jam 7 malam ini.
Menurut MetMalaysia, antara negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu serta Pahang turut dijangka mengalami cuaca buruk.
Selain itu, ribut petir juga dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor (Sabak Bernam dan Kuala Selangor), Negeri Sembilan (Jempol) serta Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Bagi Sabah, kawasan yang terkesan termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu).
Sementara itu, di Sarawak, ribut petir dijangka berlaku di Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau) dan Limbang (Lawas).
Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. - Media Telus
Berita berkaitan
May 9, 2025, 3:36 pm
Polis buru suspek sindiket curi kabel digelar 'Kecik'
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm
Pindah pekerja asing merentasi sektor hanya libatkan sektor formal - Steven Sim
May 9, 2025, 1:05 pm
Warga emas dirempuh SUV dalam restoran KFC disahkan meninggal dunia
May 9, 2025, 12:58 pm
CAP desak pengharaman vape di semua negeri demi lindungi pelajar
May 9, 2025, 12:31 pm
Rakyat Malaysia terkandas di Pakistan harap dapat pulang Isnin depan
May 9, 2025, 12:24 pm