Berita Berita
Trafik perlahan di lebuhraya utama akibat kemalangan, peningkatan kenderaan

KUALA LUMPUR 28 Mac - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan sehingga jam 4.15 petang susulan beberapa insiden kemalangan dan peningkatan jumlah kenderaan sempena Aidilfitri.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kesesakan dilihat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bagi laluan E1 dan E2 di kedua-dua arah, serta di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK). Trafik perlahan dari Bukit Lanjan ke Hospital Sungai Buloh, Rawang Selatan ke Rawang serta dari Sungkai ke Sungai Bidor akibat kemalangan di KM341.6 yang menyebabkan lorong kecemasan terhalang.
Bagi arah selatan, aliran trafik turut perlahan dari Permatang Pauh ke Perai. Sementara itu, di Lebuhraya PLUS E2 arah utara, kesesakan berlaku dari Pasir Gudang ke Kempas dan Pulai ke Sedenak akibat kemalangan di KM40.9 yang menghalang lorong kanan dan lorong kecemasan, menyebabkan kesesakan sepanjang 16 km.
Jurucakap itu turut memaklumkan berlaku kesesakan dari Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Pusat Bandar Kuala Lumpur. Di Lebuhraya KLK, trafik perlahan arah timur dari Plaza Tol Gombak ke Lentang, namun aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 masih lancar.
Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1-800-88-0000, akaun X @plustrafik, talian LLM di 1-800-88-7752 serta akaun X @llmtrafik.
Berita berkaitan
May 9, 2025, 3:36 pm
Polis buru suspek sindiket curi kabel digelar 'Kecik'
May 9, 2025, 3:26 pm
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan
May 9, 2025, 3:19 pm
Kadar pengangguran turun kepada 3.1% pada Mac 2025, pasaran buruh terus stabil
May 9, 2025, 3:15 pm
Lelaki maut kemalangan motosikal lepas hantar isteri ke tempat kerja
May 9, 2025, 1:24 pm
Pindah pekerja asing merentasi sektor hanya libatkan sektor formal - Steven Sim
May 9, 2025, 1:05 pm
Warga emas dirempuh SUV dalam restoran KFC disahkan meninggal dunia
May 9, 2025, 12:58 pm
CAP desak pengharaman vape di semua negeri demi lindungi pelajar
May 9, 2025, 12:31 pm
Rakyat Malaysia terkandas di Pakistan harap dapat pulang Isnin depan
May 9, 2025, 12:24 pm