TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak 11 tahun cedera ditikam bapa di Pasir Mas

By
|
Kongsi
image

 

PASIR MAS 2 Mei - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera dipercayai ditikam oleh bapanya sendiri dalam kejadian di Kampung Banggol Che Dol, di sini, pagi Jumaat.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8 pagi dan mangsa segera dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan tindakan susulan. 

+ - reset