Berita Berita
Pembantu kedai makan maut ditikam di ladang sawit angkara cemburu

TAIPING 2 Mei - Seorang pembantu kedai makan maut dipercayai ditikam dalam kejadian bermotifkan cemburu di sebuah ladang kelapa sawit di Simpang, dekat sini, semalam.
Mangsa berusia 20 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap serta berlumuran darah sebelum orang awam melaporkan kejadian kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail, berkata susulan laporan tersebut, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.
"Turut ditemukan pisau yang dipercayai digunakan dalam kes terbabit.
"Ujian air kencing mendapati suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau, positif dadah jenis morfin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada perasaan cemburu, dipercayai berkaitan hubungan cinta.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Berita berkaitan
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm
FOMCA: Vape ancam kesihatan, keselamatan negara, bukan sekadar perniagaan
May 2, 2025, 3:07 pm
Aksi 'Superman' di Lebuhraya SPDH: Dua remaja ditahan polis
May 2, 2025, 3:02 pm
Cuti Rafizi hanya beberapa hari, tak perlu dijadikan isu - Anwar
May 2, 2025, 2:23 pm
Budak 11 tahun cedera ditikam bapa di Pasir Mas
May 2, 2025, 2:09 pm
Lelaki lemas jatuh laut ketika sauk kerang di Jambatan Kedua Pulau Pinang
May 2, 2025, 1:38 pm