Berita Berita
UMNO Kedah desak pejabat mufti siasat segera dakwaan tokoh agama pernah solat Jumaat bersama bunian

KUALA LUMPUR 2 Mei - UMNO Kedah menggesa Pejabat Mufti Negeri Kedah menyiasat segera dan mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan tular berkaitan solat Jumaat bersama makhluk halus atau 'bunian' yang dikaitkan dengan seorang tokoh agama.
Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, kenyataan seperti itu bukan sahaja tidak masuk akal, malah berpotensi membuka ruang kepada penyelewengan akidah serta mencemarkan kefahaman umat Islam mengenai ibadah asas.
Sehubungan itu, beliau menegaskan siasatan dan penjelasan rasmi perlu dibuat secara berani dan telus tanpa dipengaruhi tekanan politik atau sentimen luar.
“Institusi agama seperti Pejabat Mufti tidak boleh dibiarkan dibayangi oleh ketakutan terhadap reperkusi politik.
“Jika sesuatu yang salah tidak ditegur hanya kerana individu itu ada pengaruh atau pengikut, maka kita sedang merosakkan agama dari dalam,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Terdahulu, tular satu klip video berdurasi satu minit 31 saat yang memaparkan seorang pendakwah terkenal mendakwa pernah menunaikan solat Jumaat bersama bunian, mencetuskan perdebatan dalam kalangan umat Islam.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) semalam memaklumkan siasatan sedang dijalankan dan individu terbabit akan dipanggil untuk memberi penjelasan.
Shaiful dalam kenyataan sama turut memberi jaminan bahawa UMNO Kedah sedia berdiri teguh mempertahankan institusi Pejabat Mufti daripada sebarang tekanan politik yang boleh mengganggu tugas mereka dalam memelihara kesucian agama Islam.
“Agama Islam tidak boleh dipermainkan atas nama karamah atau cerita sensasi. Jangan kompromi dengan kebatilan,” katanya.
Berita berkaitan
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm
FOMCA: Vape ancam kesihatan, keselamatan negara, bukan sekadar perniagaan
May 2, 2025, 3:07 pm
Aksi 'Superman' di Lebuhraya SPDH: Dua remaja ditahan polis
May 2, 2025, 3:02 pm
Cuti Rafizi hanya beberapa hari, tak perlu dijadikan isu - Anwar
May 2, 2025, 2:23 pm
Budak 11 tahun cedera ditikam bapa di Pasir Mas
May 2, 2025, 2:09 pm
Lelaki lemas jatuh laut ketika sauk kerang di Jambatan Kedua Pulau Pinang
May 2, 2025, 1:38 pm