TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi

By
|
Kongsi
image

KOTA TINGGI 3 Mei - Kanak-kanak lelaki 10 tahun maut sementara 10 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 44.2, Jalan Johor Bahru – Mersing di sini malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata kemalangan jam 7.50 malam itu membabitkan sebuah Proton Saga, Perodua Alza dan Toyota Corolla Cross. 

Nahas berlaku apabila pemandu Proton Saga, seorang wanita tempatan berusia 47 tahun yang dalam perjalanan dari arah Rompin ke Kota Tinggi, dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. 

"Proton Saga tersebut membawa lima penumpang berumur tujuh hingga 87 tahun termasuk mangsa, iaitu anak kepada pemandu terbabit yang duduk di belakang. 

"Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan.

Menurut Yusof, dalam kemalangan itu pemandu Perodua Alza, seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun turut membawa lima penumpang lain berusia antara tiga hingga 54 tahun. 

Pemandu Toyota Corolla Cross seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun memandu seorang diri.

+ - reset