TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 Mei – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli, dilaporkan menyuarakan hasrat untuk meletak jawatan dalam satu pertemuan tertutup bersama penyokong setianya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 23 April lalu.

Menurut laporan Sinchew Daily, Mohd. Rafizi dikatakan kecewa dengan sistem pemilihan parti yang didakwa tidak adil, mendorong beliau menyuarakan niat tersebut dalam mesyuarat berkenaan.

Namun begitu, sumber parti menafikan desas-desus bahawa beliau telah mengosongkan pejabatnya.

Difahamkan, Mohd. Rafizi yang juga Menteri Ekonomi, kini sedang bercuti selama sebulan sehingga 31 Mei, seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber turut memaklumkan bahawa hala tuju Mohd. Rafizi dijangka lebih jelas menjelang awal Mei selepas satu syarikat audit luar negara menyelesaikan siasatan ke atas sistem pemilihan parti dan mengemukakan laporan kepada pucuk pimpinan.

Audit tersebut dicadangkan sendiri oleh Mohd. Rafizi susulan rungutan berterusan daripada akar umbi mengenai integriti proses pemilihan PKR.

Beberapa cabang PKR juga telah menjalankan pemilihan semula yang membawa kepada perubahan keputusan jawatan ketua cabang di Selayang, Jempol dan Pasir Salak.

Sementara itu, tarikh pencalonan untuk pemilihan MPP turut diselaraskan semula daripada 3 dan 4 Mei kepada 8 dan 9 Mei ini.

Mengulas perkara itu, Anwar menafikan wujud sebarang isu berbangkit mengenai status Mohd. Rafizi dan menyifatkan cuti panjang itu sebagai perkara biasa dalam organisasi kerja.

+ - reset