Berita Berita
Guru tikam anak 11 tahun guna pisau pemotong sayur direman 7 hari

KOTA BHARU 3 Mei - Seorang guru ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki menikam anak lelakinya berusia 11 tahun dalam satu kejadian tragis di Kampung Banggol Che Dol, Pasir Mas, semalam.
Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 47 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri sehingga 9 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh.
Suspek yang berbaju lokap tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu sekitar jam 8.40 pagi.
Dalam kejadian semalam, kanak-kanak berkenaan dilaporkan cedera di dada dan perut selepas ditikam dua kali oleh bapanya menggunakan pisau pemotong sayur.
Difahamkan, lelaki berkenaan mempunyai sejarah masalah mental dan telah mendapatkan rawatan psikiatri sejak tahun 2008 hingga kini.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan anggota polis di kediamannya selepas menerima maklumat mengenai insiden itu.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada konflik rumah tangga yang sedang dihadapi suspek yang kini dalam proses perceraian kali ketiga, dan kes berkenaan dijadualkan disebut di Mahkamah Syariah Tumpat pada 13 Mei ini.
Berita berkaitan
May 3, 2025, 1:47 pm
Remaja parah jatuh longkang dikejar anjing liar di Bandar Tasik Puteri
May 3, 2025, 1:01 pm
M Nasir jumpa Anwar bincang soal industri kreatif
May 3, 2025, 11:55 am
Rangka manusia ditemui belakang rumah milik lelaki hilang sejak Julai tahun lalu
May 3, 2025, 11:21 am
Anggap pemilihan parti tak adil, Rafizi luah hasrat nak letak jawatan
May 3, 2025, 10:04 am
Budak 10 tahuh maut, 10 cedera dalam nahas babit 3 kenderaan di Kota Tinggi
May 2, 2025, 7:11 pm
Seorang maut, 2 parah babit 3 RXZ bertembung di LPT2
May 2, 2025, 3:36 pm
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman
May 2, 2025, 3:15 pm
FOMCA: Vape ancam kesihatan, keselamatan negara, bukan sekadar perniagaan
May 2, 2025, 3:07 pm