Berita Berita
Fauzy Wahab dilantik CEO baharu WTCKL mulai 1 Mei

KUALA LUMPUR 5 Mei – World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) mengumumkan pelantikan Fauzy Wahab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 1 Mei 2025.
Fauzy, yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi sejak 2019, memainkan peranan penting dalam mendepani pelbagai cabaran operasi, termasuk semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan apabila WTCKL berfungsi sebagai pusat vaksinasi mega negara.
Beliau turut terlibat secara langsung dalam penjenamaan semula Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kepada WTCKL pada tahun 2018.
Dengan pengalaman lebih 26 tahun dalam sektor hospitaliti, Fauzy bertekad untuk melonjakkan WTCKL sebagai hab acara utama yang kompetitif di peringkat serantau.
“WTCKL bukan sekadar pusat pameran dan dagangan, ia kini berkembang menjadi destinasi pelbagai acara termasuk konsert, festival, sesi bersama selebriti, dan program korporat,” katanya dalam kenyataan.
Fauzy turut menekankan kepentingan inovasi dan nilai tambah bagi memastikan WTCKL kekal relevan dalam industri konvensyen yang semakin kompetitif. - Media Telus
Berita berkaitan
May 5, 2025, 3:18 pm
Dua anggota polis direman seminggu disyaki terima rasuah tutup kes judi, dadah
May 5, 2025, 2:16 pm
Dua beradik Orang Asli lemas ditemukan, hanyut 25 kilometer
May 5, 2025, 1:56 pm
Toyota Hilux kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia tahun 2024
May 5, 2025, 1:07 pm
Enam strategi negara hadapi impak tarif balas Amerika Syarikat – PM Anwar
May 5, 2025, 1:02 pm
JKN Johor siasat kes keracunan makanan libatkan pelajar MRSM
May 5, 2025, 12:54 pm
JHEAIK selesai ambil keterangan pendakwah isu solat Jumaat bersama bunian
May 5, 2025, 12:50 pm
Tarif balas AS ke atas Malaysia mungkin dikurangkan – Anwar
May 5, 2025, 12:07 pm