Berita Berita
Lelaki ditemui lemas bersama motosikal dipercayai tergelincir di Pulau Indah

KLANG 5 Mei – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas motosikal yang dinaikinya dipercayai terbabas dan terjatuh ke dalam laut di dermaga Institut Latihan Pengangkutan Laut, Pulau Indah di sini.
Mangsa berusia 29 tahun itu ditemui kira-kira pukul 8.17 pagi tadi pada jarak 200 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh, selepas operasi pencarian dijalankan selama dua hari bermula kelmarin.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.53 malam pada Sabtu lalu.
Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Indah dan Pelabuhan Klang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
“Berdasarkan maklumat awal, terdapat dua orang lelaki dipercayai terjatuh dari dermaga bersama sebuah motosikal akibat tergelincir.
“Seorang mangsa berusia 30-an telah berjaya diselamatkan oleh orang awam dan seorang mangsa masih belum dijumpai dikhuatiri lemas,” katanya hari ini.
Beliau menambah, usaha pencarian yang diteruskan hari ini akhirnya berjaya menemukan mangsa hasil operasi Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
Ujar Ahmad Mukhlis, mangsa telah disahkan meninggal dunia dan dibawa naik ke kawasan dermaga.
“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.
Berita berkaitan
May 5, 2025, 3:18 pm
Dua anggota polis direman seminggu disyaki terima rasuah tutup kes judi, dadah
May 5, 2025, 2:16 pm
Dua beradik Orang Asli lemas ditemukan, hanyut 25 kilometer
May 5, 2025, 1:56 pm
Toyota Hilux kenderaan paling banyak dicuri di Malaysia tahun 2024
May 5, 2025, 1:07 pm
Enam strategi negara hadapi impak tarif balas Amerika Syarikat – PM Anwar
May 5, 2025, 1:02 pm
JKN Johor siasat kes keracunan makanan libatkan pelajar MRSM
May 5, 2025, 12:54 pm
JHEAIK selesai ambil keterangan pendakwah isu solat Jumaat bersama bunian
May 5, 2025, 12:50 pm
Tarif balas AS ke atas Malaysia mungkin dikurangkan – Anwar
May 5, 2025, 12:00 pm