Berita Berita
JHEAIK selesai ambil keterangan pendakwah isu solat Jumaat bersama bunian

ALOR SETAR 5 Mei - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) telah mengambil keterangan daripada seorang pendakwah terkenal semalam susulan penularan video ceramah yang mendakwa berlakunya solat Jumaat bersama makhluk bunian.
Menurut Pengarah JHEAIK, Datuk Abd Ghani Zainudin, proses mengambil keterangan berlangsung di pejabat jabatan itu sekitar jam 10 pagi dan dikendalikan oleh Timbalan Pengarah, Datuk Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim.
“Pendakwah terbabit hadir secara bersemuka dan mengakui mengeluarkan kenyataan tersebut dalam satu majlis pada 11 November 2023,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah beliau, kertas siasatan kini lengkap dan akan diserahkan kepada Jabatan Mufti Negeri Kedah untuk penelitian serta tindakan lanjut.
Sebelum ini, kenyataan dalam video yang tular itu mencetuskan pelbagai reaksi dan kritikan dalam kalangan netizen, yang mempersoalkan kesahihan dakwaan berkait perkara ghaib dalam konteks ibadah penting seperti solat Jumaat.
Abd Ghani turut menasihatkan para pendakwah agar lebih berhati-hati dalam menyampaikan ceramah, terutamanya mengenai perkara ghaib yang tidak dapat dibuktikan dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam. - Media Telus
Berita berkaitan
May 5, 2025, 7:55 pm
Tiga ahli baharu JKMR diharap perkukuh usaha perangi rasuah – PM
May 5, 2025, 7:46 pm
12 Kenderaan terlibat kemalangan, 10 cedera ringan
May 5, 2025, 7:12 pm
MetMalaysia keluarkan amaran cuaca buruk di 11 negeri dan dua Wilayah Persekutuan
May 5, 2025, 6:48 pm
Lelaki didakwa pukul isteri hamil dengan getah paip hingga cedera
May 5, 2025, 5:50 pm
Kes 1MDB: Pakar forensik dakwa tidak dapat sahkan tandatangan Najib
May 5, 2025, 3:18 pm
Dua anggota polis direman seminggu disyaki terima rasuah tutup kes judi, dadah
May 5, 2025, 2:16 pm
Dua beradik Orang Asli lemas ditemukan, hanyut 25 kilometer
May 5, 2025, 1:56 pm