TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua beradik terbabit kemalangan selepas pulang dari masjid, seorang maut

By
|
Kongsi
image

JEMPOL 10 Mei - Dua beradik yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat di masjid terlibat dalam kemalangan tragis malam tadi, mengakibatkan salah seorang daripada mereka maut.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 malam di kawasan perkampungan FELDA Lui Timur dan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda C100 yang ditunggang remaja berusia 17 tahun bersama adiknya yang berusia 15 tahun.

“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kanan lalu melanggar sebatang pokok sawit,” katanya.

Mangsa yang menunggang motosikal dikejarkan ke Klinik Kesihatan Lui Muda namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Manakala adiknya yang mengalami kecederaan parah telah dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut. - Media Telus

+ - reset