Berita Berita
PDRM pertimbang langkah keselamatan baharu selepas tragedi FRU

KUALA LUMPUR 14 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meneliti langkah keselamatan tambahan susulan kemalangan yang meragut sembilan nyawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Sungai Manik–Sungai Lampam, Teluk Intan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perbincangan akan diadakan bersama kepimpinan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) bagi mencari penyelesaian terbaik demi keselamatan anggota pasukan keselamatan. Menurutnya, isu ini tidak hanya melibatkan FRU, tetapi juga pasukan lain di bawah KDNKA seperti Pasukan Gerakan Am (PGA) yang turut menggunakan lori jenis sama.
Beliau berkata struktur dalaman lori termasuk penggunaan bangku panjang mungkin tidak sesuai dengan sistem keselamatan sedia ada. Salah satu langkah yang sedang dipertimbangkan adalah penggunaan bas untuk membawa anggota ke lokasi operasi, namun kekangan bajet menjadi cabaran kerana keperluan kenderaan yang banyak.
Selain itu, penggunaan kereta peronda sebagai kenderaan pengiring konvoi juga sedang diperhalusi. Setiap konvoi akan dikawal oleh kereta peronda dan tugas pengiring akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) lain apabila merentasi sempadan negeri.
Katanya, sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas sesi libat urus bersama pihak KDNKA kerana keselamatan anggota menjadi keutamaan utama.
Dalam kejadian yang berlaku jam 8.51 pagi, lapan anggota FRU maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital. Siasatan awal mendapati lori muatan batu kerikil mengalami kegagalan stereng dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan FRU yang membawa 18 anggota dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas bertugas sempena sambutan Hari Wesak. - Media Telus
Berita berkaitan
May 14, 2025, 6:33 pm
Hujan lebat diramal landa 7 negeri malam ini - MetMalaysia
May 14, 2025, 4:36 pm
Lelaki hanyut dua hari bersama rakit di Sungai Kelantan ditemui dalam keadaan lemah
May 14, 2025, 4:23 pm
Hospital Putrajaya, HKL tersenarai dalam 50 hospital terbaik dunia
May 14, 2025, 4:16 pm
Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan lengkapkan laporan nahas FRU
May 14, 2025, 4:10 pm
Remaja memandu melulu sebabkan 5 maut dibebaskan dengan jaminan RM5,000
May 14, 2025, 3:49 pm
Polis akan ambil keterangan anak Datin Seri Pamela di Singapura
May 14, 2025, 3:44 pm
Nurul Izzah nafi berselisih faham dengan Hassan Karim
May 14, 2025, 3:39 pm