TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan lengkapkan laporan nahas FRU

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 14 Mei - Kementerian Pengangkutan diberikan tempoh sebulan untuk melengkapkan laporan siasatan berhubung nahas yang meragut sembilan nyawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Fahmi, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah memaklumkan bahawa satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat aspek bukan jenayah, khususnya berkaitan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu.

Beliau turut menjelaskan bahawa laporan lengkap perlu disiapkan dalam tempoh satu bulan dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum sebarang tindakan atau keputusan lanjut diambil. Kenyataan itu dibuat dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini. - Media Telus

+ - reset