TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis akan ambil keterangan anak Datin Seri Pamela di Singapura

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 14 Mei - Polis akan mengambil keterangan dua anak kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh di Singapura bagi membantu siasatan kes kehilangan wanita tersebut yang dipercayai diculik pada 9 April lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa memaklumkan bahawa seramai 27 individu telah pun diambil keterangan setakat ini.

Menurut beliau, keterangan daripada anak-anak Pamela akan diambil dalam masa terdekat, dan pihak polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil saksi lain di Singapura jika diperlukan. Sebelum ini, media melaporkan bahawa Interpol sedang mengatur proses mengambil keterangan anak-anak wanita itu.

Siasatan juga sedang dijalankan bagi meneliti kemungkinan Pamela melarikan diri ke luar negara dengan menggunakan dokumen milik orang lain.

Pamela sebelum ini dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk memberikan keterangan pada sekitar jam 1.30 hingga 2.10 petang, 9 April lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan bahawa siasatan masih berjalan dan suami Pamela tidak diketepikan sebagai suspek bersama beberapa individu lain. - Media Telus

+ - reset