Berita Berita
Lelaki hanyut dua hari bersama rakit di Sungai Kelantan ditemui dalam keadaan lemah

KOTA BHARU 14 Mei – Seorang lelaki berusia 50-an yang dilaporkan hanyut bersama rakit selama dua hari di Sungai Kelantan berjaya diselamatkan oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Unit Marin berhampiran Tambatan Diraja, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, lelaki berkenaan dikatakan menaiki rakit dari Tanah Merah untuk ke kebun duriannya di Tumpat sebelum hanyut dibawa arus deras.
Petugas APM Unit Marin, Abdullah Md Zain, berkata lima anggota dikerahkan menaiki bot fiber selepas menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan.
“Mereka terserempak dengan rakit yang hanyut bersama lelaki terbabit di kawasan sungai berhampiran Tambatan Diraja.
“Lelaki itu mendakwa rakitnya hanyut sejak dua hari lalu selepas berlepas dari Tanah Merah menuju ke kebun duriannya di Tumpat. Dia berada dalam keadaan lemah tetapi masih sedar dan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.
Mangsa serta rakitnya dibawa ke Jeti Unit Marin APM, Tambatan Diraja sebelum dihantar semula ke Jeti Kok Majid di Tumpat, destinasi asal yang ingin dituju.
Abdullah turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti di sungai, khususnya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu serta arus yang deras.
Berita berkaitan
May 14, 2025, 6:33 pm
Hujan lebat diramal landa 7 negeri malam ini - MetMalaysia
May 14, 2025, 4:23 pm
Hospital Putrajaya, HKL tersenarai dalam 50 hospital terbaik dunia
May 14, 2025, 4:16 pm
Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan lengkapkan laporan nahas FRU
May 14, 2025, 4:10 pm
Remaja memandu melulu sebabkan 5 maut dibebaskan dengan jaminan RM5,000
May 14, 2025, 3:49 pm
Polis akan ambil keterangan anak Datin Seri Pamela di Singapura
May 14, 2025, 3:44 pm
Nurul Izzah nafi berselisih faham dengan Hassan Karim
May 14, 2025, 3:39 pm
Perlis haramkan penjualan vape bermula 1 Ogos
May 14, 2025, 3:38 pm