Berita Berita
Hospital Putrajaya, HKL tersenarai dalam 50 hospital terbaik dunia

PUTRAJAYA 14 Mei - Hospital Putrajaya (HPj) mencatat sejarah membanggakan apabila disenaraikan sebagai salah satu daripada Hospital Terbaik Dunia 2025 oleh majalah antarabangsa Newsweek dan syarikat analitik data global, Statista.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang menyifatkan pengiktirafan ini sebagai bukti dedikasi dan komitmen tinggi warga hospital, termasuk doktor, jururawat dan petugas perubatan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Kejayaan ini bukan sekadar gelaran tetapi lambang penghargaan terhadap pengorbanan dan usaha murni petugas kesihatan yang menjadi tulang belakang sistem perubatan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Menurut semakan di laman rasmi Newsweek dan Statista, HPj berada di kedudukan ke-29 dengan skor 71.59 peratus, menjadikannya antara hospital terbaik di Malaysia.
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga HPj. Katanya, kejayaan itu berdasarkan penilaian bebas dan menyeluruh merangkumi cadangan profesional perubatan, metrik kualiti hospital serta pengalaman pesakit.
“Ia bukti komitmen semua anggota hospital dalam menyediakan rawatan berkualiti tinggi dan berfokuskan pesakit,” ujarnya.
Turut tersenarai dalam pengiktirafan sama ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menduduki tempat ke-4 dengan skor 84.97 peratus, sekali gus menjadi hospital awam terbaik dalam senarai berkenaan. Ia diikuti oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Umum Sarawak (HUS) dan HPj.
HKL yang ditubuhkan pada tahun 1870, merupakan hospital terbesar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan negara. - Media Telus
Berita berkaitan
May 14, 2025, 6:33 pm
Hujan lebat diramal landa 7 negeri malam ini - MetMalaysia
May 14, 2025, 4:36 pm
Lelaki hanyut dua hari bersama rakit di Sungai Kelantan ditemui dalam keadaan lemah
May 14, 2025, 4:16 pm
Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan lengkapkan laporan nahas FRU
May 14, 2025, 4:10 pm
Remaja memandu melulu sebabkan 5 maut dibebaskan dengan jaminan RM5,000
May 14, 2025, 3:49 pm
Polis akan ambil keterangan anak Datin Seri Pamela di Singapura
May 14, 2025, 3:44 pm
Nurul Izzah nafi berselisih faham dengan Hassan Karim
May 14, 2025, 3:39 pm
Perlis haramkan penjualan vape bermula 1 Ogos
May 14, 2025, 3:38 pm