Berita Berita
Ops Gasak bukan untuk tarik subsidi LPG - Menteri KPDN

CYBERJAYA 15 Mei - Pelaksanaan Ops Gasak oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bukan bertujuan menarik semula subsidi gas petroleum cecair (LPG), tegas Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali.
Menurut beliau, operasi itu dilaksanakan bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi LPG, bukan untuk menamatkan bantuan yang disalurkan kerajaan kepada rakyat.
“Saya ingin tegaskan bahawa pendekatan melalui Ops Gasak ini bukan untuk menarik subsidi. Subsidi dikekalkan. Apa yang kita lakukan ialah memperkasa penguatkuasaan agar ketirisan dapat dikekang,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Akses Pasaran Runcit di sini, hari ini.
Tindakan ini, jelas beliau, adalah sebahagian daripada usaha kerajaan memastikan hanya golongan yang benar-benar layak mendapat manfaat subsidi, selaras dengan dasar penjimatan dan ketelusan penggunaan dana awam. - Media Telus
Berita berkaitan
May 15, 2025, 11:30 pm
Bot TLDM hilang kawalan, rempuh bot pelancong ketika raptai LIMA ’25 di Langkawi
May 15, 2025, 9:43 pm
MISI terus perkasa komuniti India melalui AI, kreativiti digital
May 15, 2025, 7:02 pm
NIOSH sedia bantu tingkatkan keselamatan pemandu kenderaan berat susulan tragedi FRU
May 15, 2025, 6:26 pm
Tibi ragut 11 nyawa di Terengganu tahun ini
May 15, 2025, 6:07 pm
MCMC siasat ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di media sosial
May 15, 2025, 4:00 pm
Padah simpan minyak masak tanpa lesen, restoran nasi kandar didenda RM100,000
May 15, 2025, 3:19 pm
Rakyat boleh buat aduan jika GP, klinik pakar swasta gagal beri bil terperinci - KKM
May 15, 2025, 3:05 pm