Berita Berita
MISI terus perkasa komuniti India melalui AI, kreativiti digital

Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR, 15 Mei – Program Fotografi dan Suntingan Visual Berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) anjuran Inisiatif Kemahiran Masyarakat India Malaysia (MISI) terus memperkukuh usaha memperkasa komuniti India dengan kemahiran masa depan.
Program selama lima hari yang berlangsung di Masai, Johor dari 16 hingga 20 April lalu itu melibatkan 25 peserta dan memberi tumpuan kepada teknik fotografi, penyuntingan video berasaskan AI serta pembangunan keusahawanan kreatif.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata inisiatif ini selaras dengan usaha kerajaan membina masyarakat yang lebih inklusif dan berkemahiran tinggi.
“Melalui program seperti ini, kita membuka ruang untuk bakat dari pelbagai latar belakang meneroka peluang baharu dalam ekonomi digital yang pesat berkembang.
Ia bukan sekadar latihan, tetapi pelaburan dalam masa depan anak-anak Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan bahawa sokongan terhadap MISI mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperluas akses kepada pendidikan, inovasi dan peluang kerjaya dalam bidang teknologi serta industri kreatif.
Program berkenaan turut menawarkan sijil penyertaan kepada peserta sebagai galakan untuk mereka terus mengasah kemahiran dan meneroka industri digital secara profesional.
Dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Human Resource Development Corporation (HRD Corp), MISI merupakan sebahagian daripada usaha jangka panjang untuk merapatkan jurang digital dan membina keupayaan masyarakat India Malaysia dalam sektor berkemahiran tinggi.
Sejak dilancarkan pada November 2024, MISI berjaya melatih lebih 8,000 individu dalam pelbagai bidang termasuk kecerdasan buatan, pertanian pintar dan teknologi dron.
Program ini bukan sahaja menyumbang kepada peluang pekerjaan, malah memacu keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat.
“Kerajaan akan terus menyokong inisiatif yang memastikan tiada kumpulan terpinggir dalam arus kemajuan digital negara,” tambahnya. - Media Telus
Berita berkaitan
May 15, 2025, 11:30 pm
Bot TLDM hilang kawalan, rempuh bot pelancong ketika raptai LIMA ’25 di Langkawi
May 15, 2025, 7:02 pm
NIOSH sedia bantu tingkatkan keselamatan pemandu kenderaan berat susulan tragedi FRU
May 15, 2025, 6:26 pm
Tibi ragut 11 nyawa di Terengganu tahun ini
May 15, 2025, 6:07 pm
MCMC siasat ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di media sosial
May 15, 2025, 4:00 pm
Padah simpan minyak masak tanpa lesen, restoran nasi kandar didenda RM100,000
May 15, 2025, 3:19 pm
Rakyat boleh buat aduan jika GP, klinik pakar swasta gagal beri bil terperinci - KKM
May 15, 2025, 3:05 pm
JPA cadang kekalkan bayaran bulanan pencen elak pesara jadi mangsa scam
May 15, 2025, 2:32 pm