Berita Berita
Berselisih maut, pemandu terselamat lori ais tiba-tiba terbakar atas jejambat Bayan Lepas

GEORGE TOWN, 15 Mei – Seorang lelaki terselamat apabila lori ais yang dipandunya terbakar di bahagian hadapan dalam kejadian di atas jejambat menghala ke Teluk Kumbar, Bayan Lepas, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 9.35 pagi.
Menurutnya, operasi pemadaman melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau dengan bantuan BBP Bayan Baru.
“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 9.49 pagi namun operasi pemantauan dan kawalan masih diteruskan sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut memaklumkan bahawa tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut dan tindakan segera diambil bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan lain. - Media Telus
Berita berkaitan
May 15, 2025, 11:30 pm
Bot TLDM hilang kawalan, rempuh bot pelancong ketika raptai LIMA ’25 di Langkawi
May 15, 2025, 9:43 pm
MISI terus perkasa komuniti India melalui AI, kreativiti digital
May 15, 2025, 7:02 pm
NIOSH sedia bantu tingkatkan keselamatan pemandu kenderaan berat susulan tragedi FRU
May 15, 2025, 6:26 pm
Tibi ragut 11 nyawa di Terengganu tahun ini
May 15, 2025, 6:07 pm
MCMC siasat ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di media sosial
May 15, 2025, 4:00 pm
Padah simpan minyak masak tanpa lesen, restoran nasi kandar didenda RM100,000
May 15, 2025, 3:19 pm
Rakyat boleh buat aduan jika GP, klinik pakar swasta gagal beri bil terperinci - KKM
May 15, 2025, 3:05 pm
JPA cadang kekalkan bayaran bulanan pencen elak pesara jadi mangsa scam
May 15, 2025, 2:32 pm