Berita Berita
Bot TLDM hilang kawalan, rempuh bot pelancong ketika raptai LIMA ’25 di Langkawi

LANGKAWI 15 Mei - Sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan hilang kawalan lalu melanggar sebuah bot pelancong milik orang awam semasa menjalani raptai demonstrasi keupayaan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25), yang berlangsung di perairan berhampiran Resort World Langkawi, petang tadi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh TLDM, dimaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa atau kecederaan parah melibatkan kru TLDM dalam insiden tersebut.
Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, kru yang terlibat telah dihantar ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. TLDM turut memaklumkan bahawa satu lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, mengesahkan kemalangan itu berlaku sekitar jam 4.34 petang.
Menurut beliau, insiden berlaku ketika sebuah bot pasukan keselamatan sedang melakukan latihan rasmi dan bertembung dengan sebuah bot pelancong milik orang awam yang sedang berlabuh berhampiran pantai.
Bot pasukan keselamatan berkenaan dinaiki oleh lima pegawai dan anggota, dan akibat pelanggaran tersebut, dua anggota telah mengalami kecederaan dan dirujuk ke Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan lanjut.
Insiden ini tular di media sosial apabila beberapa video dan gambar yang merakamkan detik pelanggaran mula tersebar, mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai menjelang penganjuran rasmi LIMA ’25.
TLDM menegaskan bahawa siasatan rapi akan dijalankan bagi memastikan keselamatan dan kecekapan demonstrasi ketenteraan dalam acara antarabangsa itu tidak terjejas. - Media Telus
Berita berkaitan
May 15, 2025, 9:43 pm
MISI terus perkasa komuniti India melalui AI, kreativiti digital
May 15, 2025, 7:02 pm
NIOSH sedia bantu tingkatkan keselamatan pemandu kenderaan berat susulan tragedi FRU
May 15, 2025, 6:26 pm
Tibi ragut 11 nyawa di Terengganu tahun ini
May 15, 2025, 6:07 pm
MCMC siasat ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di media sosial
May 15, 2025, 4:00 pm
Padah simpan minyak masak tanpa lesen, restoran nasi kandar didenda RM100,000
May 15, 2025, 3:19 pm
Rakyat boleh buat aduan jika GP, klinik pakar swasta gagal beri bil terperinci - KKM
May 15, 2025, 3:05 pm
JPA cadang kekalkan bayaran bulanan pencen elak pesara jadi mangsa scam
May 15, 2025, 2:32 pm