Berita Jenayah
Dua anggota Balai Polis Ulu Tiram terbunuh, penyerang mati ditembak
JOHOR BAHRU 17 Mei - Dua anggota polis terbunuh, manakala seorang lagi cedera dalam serangan dilakukan seorang lelaki yang menceroboh masuk Balai Polis Ulu Tiram, di sini jam 2.54 pagi tadi.
Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, yang turut memaklumkan suspek ditembak mati di lokasi.
Beliau berkata, dua anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital berkenaan.
"Siasatan awal mendapati anggota polis ditetak dan ditembak. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam perjalanan ke lokasi kejadian
Kejadian dipercayai jam 2.54 pagi apabila seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap yang bersenjatakan parang menyerang balai polis berkenaan.
Suspek terlebih dahulu menyerang dua anggota polis bertugas dan merampas dua laras senjata.
Dia melepaskan dua das tembakan terhadap seorang anggota yang menyebabkan kecederaan pada bahu serta perut dan seorang lagi anggota ditetak pada belakang leher dan kepala. - Berita Harian
#BALAIPOLIS #SERANG #TETAK
Berita berkaitan
February 11, 2026, 11:45 am
Aktiviti curi bateri kereta di Sentul terbongkar, suspek ditahan polis
February 10, 2026, 9:21 pm
Lelaki curi pakaian dalam sejak sebulan lalu ditahan polis
February 2, 2026, 2:21 pm
Berarak di Drawbridge, 33 penyokong Selangor FC dibawa ke mahkamah
February 1, 2026, 2:32 pm
Lelaki warga asing ditahan cuba sogok polis ketika pemeriksaan jalan raya
January 30, 2026, 6:28 pm
Lelaki 23 tahun ditahan disyaki pukul dan cabul kanak-kanak di Bukit Sentosa
January 29, 2026, 4:43 pm
Pelakon lelaki terkenal ditahan, ujian air kencing positif dadah
January 27, 2026, 9:13 pm
Dua pengusaha katering rugi diperdaya sindiket guna nama IPK Johor
January 27, 2026, 9:19 am
Pasangan warga Indonesia ditahan disyaki seludup migran dan edar dadah di Pontian
January 26, 2026, 11:13 am
Lelaki melecur akibat disimbah asid di stesen minyak Jeniang
January 26, 2026, 10:50 am
