TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jaga-jaga, hujan lebat, ribut petir diramal landa kebanyakan negeri malam raya

By
|
Kongsi
image

 

 

KUALA LUMPUR 6 Jun – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan ribut petir serta hujan lebat di kebanyakan negeri malam ini.

Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan, antara kawasan yang dijangka terjejas termasuk seluruh negeri Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang serta beberapa daerah di Perak dan Pahang.

Bagi negeri Pahang, kawasan yang terlibat ialah Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya juga berada dalam senarai amaran tersebut, selain daerah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Di Sarawak, amaran cuaca melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu (Selangau), Mukah, Kapit, Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) serta Limbang.

Sementara itu, beberapa kawasan di Sabah turut dijangka mengalami keadaan cuaca sama, termasuk kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang), serta Tawau dan Kudat.

MetMalaysia menasihati orang ramai agar merujuk laman web rasmi www.met.gov.my serta media sosial jabatan tersebut untuk mendapatkan maklumat ramalan cuaca yang terkini dan sahih.

+ - reset