Berita Berita
Anwar, Wan Azizah sertai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra

PETALING JAYA 6 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyertai ribuan jemaah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya pagi tadi.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar melahirkan rasa syukur kepada Allah atas suasana penuh ketenangan dan harmoni dalam menunaikan ibadah tersebut.
“Selain mengalunkan takbir Aidiladha secara bersama-sama, kesempatan ini turut dimanfaatkan untuk mendengar khutbah bertajuk Korban dan Semangat Kebersamaan yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Putra, Dr. Muhamad Zakuwa Rodzali.
“Para jemaah diingatkan untuk mengorbankan ego, sifat kedekut, kejahilan dan kealpaan demi kebaikan agama, masyarakat dan diri sendiri,” katanya.
Menurut Anwar, beliau dan isteri sempat bersalaman, bertegur sapa dan bergambar bersama para jemaah sebagai kenangan meraikan hari yang penuh barakah ini.
“Semoga Aidiladha kali ini menjadi titik tolak permulaan yang lebih baik, dipenuhi kasih sayang, ketenangan, kekuatan dan keberkatan buat kita semua, insya-Allah,” tambahnya. – Media Telus
Berita berkaitan
June 7, 2025, 12:43 pm
Sultan Selangor kecewa kes penipuan pakej haji semakin meningkat
June 7, 2025, 12:29 pm
Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT
June 7, 2025, 10:02 am
Tiga maut, dua masih hilang dalam tragedi bot terbalik di Tanjung Harapan
June 6, 2025, 9:02 pm
Budak 2 tahun cedera mata tercucuk pensel ketika ibu memasak
June 6, 2025, 8:16 pm
Pelancong wanita cedera dihempap dahan pokok di Bukit Bendera
June 6, 2025, 7:26 pm
Budak maut jatuh dari tingkat 30, polis tahan ibu kandung, bapa saudara
June 6, 2025, 6:48 pm
Jaga-jaga, hujan lebat, ribut petir diramal landa kebanyakan negeri malam raya
June 6, 2025, 6:21 pm