TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak 2 tahun cedera mata tercucuk pensel ketika ibu memasak

By
|
Kongsi
image

JERANTUT 6 Jun – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan mengalami kecederaan serius pada mata kanan selepas tercucuk pensel dalam kejadian di Kampung Bantal, Ulu Tembeling semalam, dan kini terpaksa menjalani pembedahan.

Mangsa, Ahmad Faqeeh Rizky Ahmad Rizzuaza, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh selepas dirujuk dari Hospital Jerantut.

Menurut ibunya, Wan Siti Fatimah Wan Abdullah Hashim, 26, insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi ketika beliau sedang memasak di dapur, manakala anaknya bermain bersama sepupu di ruang tamu.

“Saya ada berikan pensel dan buku mewarna kepadanya sebelum kejadian. Saya terdengar tangisan kuat dan mendapati anak saya menekup mata kanan yang sudah kemerahan dan bengkak,” katanya dalam laporan Harian Metro ketika ditemui.

Wan Siti Fatimah segera membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Kampung Bantal sebelum dirujuk ke Hospital Jerantut, kira-kira 130 kilometer dari rumah mereka.

Hasil pemeriksaan menunjukkan selaput mata kanan Ahmad Faqeeh mengalami kerosakan dan memerlukan rawatan lanjut di HOSHAS, Temerloh.

“Pembedahan dijalankan bagi memulihkan penglihatan serta merawat kecederaan. Saya bimbang dengan proses pemulihan memandangkan jarak dan kekangan untuk berulang-alik ke hospital,” katanya.

+ - reset