Berita Berita
Pelancong wanita cedera dihempap dahan pokok di Bukit Bendera

GEORGE TOWN 6 Jun – Seorang pelancong wanita warga China mengalami kecederaan di bahagian belakang badan selepas dihempap sebatang dahan pokok yang patah ketika berada di Bukit Bendera, petang tadi.
Mangsa, Liu Minyong, 59 tahun, dilaporkan berada berhampiran lokasi kejadian di Jalan Bukit Bendera apabila insiden itu berlaku sekitar jam 2.32 petang.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya pasukan di lokasi, didapati seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian belakang akibat dihempap dahan pokok yang patah.
“Anggota bomba memberikan rawatan awal di Klinik Bukit Bendera sebelum mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang menggunakan ambulans EMRS,” katanya kepada media hari ini.
Beliau menambah, operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.17 petang.
Berita berkaitan
June 7, 2025, 12:43 pm
Sultan Selangor kecewa kes penipuan pakej haji semakin meningkat
June 7, 2025, 12:37 pm
Anwar, Wan Azizah sertai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
June 7, 2025, 12:29 pm
Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT
June 7, 2025, 10:02 am
Tiga maut, dua masih hilang dalam tragedi bot terbalik di Tanjung Harapan
June 6, 2025, 9:02 pm
Budak 2 tahun cedera mata tercucuk pensel ketika ibu memasak
June 6, 2025, 7:26 pm
Budak maut jatuh dari tingkat 30, polis tahan ibu kandung, bapa saudara
June 6, 2025, 6:48 pm
Jaga-jaga, hujan lebat, ribut petir diramal landa kebanyakan negeri malam raya
June 6, 2025, 6:21 pm