TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Xisco Munoz dilantik ketua jurulatih baharu JDT

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU 7 Jun – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan pelantikan jurulatih dari Sepanyol, Xisco Munoz, sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu.

Pengumuman rasmi dibuat menerusi platform media sosial kelab berkenaan malam tadi, dengan memuat naik satu video memaparkan kehadiran Munoz di Stadium Sultan Ibrahim.

“Pemenang LaLiga dan bekas pengurus Watford, Xisco Munoz menyertai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim sebagai ketua jurulatih,” menurut kenyataan kelab itu.

Sebelum ini, JDT dibimbing oleh Hector Bidoglio yang memegang jawatan sebagai ketua jurulatih sejak tahun 2022. – Media Telus

+ - reset