Berita Ekonomi
Kerajaan dahulukan rasionalisasi subsidi RON95 sebelum laksana cukai karbon – Amir Hamzah
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON95 tahun ini sebelum memperkenalkan cukai karbon pada 2026, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Menurut beliau, Malaysia perlu terlebih dahulu menangani isu subsidi bahan api, khususnya dalam sektor tenaga, sebelum melaksanakan dasar cukai karbon. Kerajaan sebelum ini mengumumkan cukai karbon akan diperkenalkan menjelang 2026, menyasarkan industri besi, keluli dan tenaga seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2025.
“Ketika kita memulakan peralihan ini, kita perlu memastikan tiada kesan sampingan yang tidak diingini dalam sistem. Contohnya, Malaysia masih belum melaksanakan cukai karbon dalam kerangka dasar sedia ada. Walaupun ia dijadualkan untuk diperkenalkan pada 2026, terdapat beberapa langkah awal yang penting perlu diambil,” katanya.
“Salah satu isu utama ialah gangguan dalam sistem yang wujud sekarang, khususnya subsidi yang diberikan kepada sektor tenaga. Objektif utama kini adalah untuk mula mengurangkan subsidi tersebut. Tidak wajar untuk mengenakan cukai di satu pihak, sedangkan di pihak lain kita masih memberi subsidi petrol, diesel dan bahan api lain,” tambahnya.
Amir Hamzah berkata demikian semasa sesi bertajuk Delivering Malaysia’s Energy Transition, di mana beliau merupakan salah seorang panel bersama Timbalan Menteri di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Sesi itu dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar, pengarah bebas dan bukan eksekutif kanan IOI Corporation Bhd. - Media Telus
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
