Berita Ekonomi
IMCJF terima 400 pertanyaan, 6 pelaburan disahkan dalam tempoh lima bulan
ISKANDAR PUTERI 19 Jun – Pusat Pemudahcara Pelaburan Malaysia Johor (IMFCJ) menerima lebih 400 pertanyaan termasuk enam pelaburan yang telah disahkan dalam tempoh lima bulan penubuhannya, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menurut beliau, IMFCJ bersama inisiatif Johor Super Lane (JSL) telah mengubah cara pelaburan dilaksanakan di negeri ini dengan menawarkan laluan pantas untuk kelulusan projek keutamaan serta menghapuskan kerenah birokrasi.
“IMFCJ bukan sekadar pusat sehenti, ia merupakan platform pemudahcara pelaburan peringkat persekutuan-negeri yang pertama seumpamanya, dan hasilnya sudah dapat dilihat.
“Dalam tempoh lima bulan, kita telah menerima 439 pertanyaan termasuk 57 pelaburan berpotensi bernilai RM26.18 bilion, dan enam pelaburan yang telah disahkan dengan nilai RM16.71 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup sempena Forum Nikkei yang berlangsung di sini, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam acara berkenaan.
Tambah Onn Hafiz, pelaksanaan inisiatif tersebut berjaya mempercepatkan proses kelulusan pelaburan keutamaan dengan memendekkan tempoh menunggu dan mengurangkan kerenah pentadbiran.
“Masa pemprosesan yang sebelum ini mengambil masa tiga bulan kini dapat dipendekkan kepada antara satu hingga 35 hari.
“Inilah yang dinamakan kecekapan sebenar, tadbir urus pintar dan bukti bagaimana Johor mentakrif semula sistem pemudahcara pelaburan,” ujarnya.
Beliau turut memaklumkan lonjakan ketara jumlah pelaburan pada tahun ini berbanding tahun lalu mencerminkan tahap keyakinan pelabur yang semakin meningkat terhadap Johor.
“Johor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM30.1 bilion pada suku pertama 2025, berbanding RM4.1 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.
“Angka itu mengambil masa sembilan bulan untuk dicapai tahun lalu, tetapi tahun ini kita capai hanya dalam masa tiga bulan.
“Ia mencerminkan keyakinan tinggi pelabur dalam dan luar negara terhadap potensi negeri Johor, kestabilan persekitaran serta semangat kemajuan yang berterusan,” katanya. – Media Telus.
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
