Berita Hiburan
Yasin Sulaiman kelihatan lebih sihat dan ceria di hospital bahagia
PETALING JAYA 27 Jun - Penyanyi Yasin Sulaiman yang kini menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan, Perak, dilihat lebih sihat dan ceria berbanding ketika berada di penjara.
Perkembangan positif itu dikongsi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim menerusi satu hantaran di Instagram selepas menziarahi penyanyi berusia 50 tahun itu semalam.
“Diberi kesempatan untuk menziarahi sahabat yang juga seorang pejuang, saudara Yasin Sulaiman yang kini berada di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan,” katanya.
Dalam hantaran sama, Kamil turut menyelitkan beberapa rangkap lagu Sepi Perantau yang pernah dipopularkan Yasin semasa bersama kumpulan Brothers.
Sementara itu, peminat meluahkan rasa syukur melihat keadaan terkini penyanyi Mimpi Laila itu yang dikatakan semakin berisi dan cergas.
“Apabila diletakkan di tempat yang betul, alhamdulillah dia semakin sihat berbanding di dalam penjara,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Semoga cepat sihat, abang Yasin,” ujar seorang lagi pengikut, manakala ada yang menyatakan penyanyi itu kini “nampak lebih sihat dan cergas”.
Difahamkan, Kamil sempat meluangkan masa menziarahi Yasin selepas menghadiri beberapa program komuniti di kawasan Parlimen Tambun, mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terdahulu, Yasin pernah kehilangan berat badan sebanyak 18 kilogram ketika berada dalam penjara akibat menghidap penyakit tiroid, malah abangnya, Zain Sulaiman, turut mengakui keadaan fizikal Yasin ketika itu terlalu kurus sehingga menampakkan tulang.
Pada 29 November 2023, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Yasin daripada tiga pertuduhan berkaitan dadah.
Namun, pada Ogos 2024, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan selepas Yasin didapati bersalah atas tiga pertuduhan sama.
Yasin akhirnya menarik nafas lega apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 28 April lalu mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskannya daripada ketiga-tiga pertuduhan tersebut. - Media Telus.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
