Berita Ekonomi
ASB 3 didik umum agihan pendapatan 5.25 sen seunit, libatkan RM423 juta
PETALING JAYA 30 Jun – Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dana harga tetap Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.
Menurut kenyataan rasmi, ASB 3 Didik mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit, membabitkan jumlah keseluruhan RM423 juta, yang akan diagihkan kepada 338,320 pemegang unit dengan keseluruhan 8.12 bilion unit pelaburan.
Agihan itu bersamaan dengan jumlah pulangan tahunan 5.25 peratus, sekali gus mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank sebanyak 2.51 peratus, dengan kelebihan 274 mata asas.
Sehingga 19 Jun lalu, ASB 3 Didik mencatatkan pendapatan bersih direalisasi sebanyak RM539.1 juta.
“Dana ini berjaya mengekalkan kadar agihan yang sama seperti tahun sebelumnya, meskipun berdepan cabaran besar daripada ketidaktentuan ekonomi global dan tekanan geopolitik,” kata PNB.
Menurutnya, sebahagian besar pendapatan dijana daripada keuntungan pelaburan direalisasi dan dividen, hasil gabungan pelaburan ekuiti tempatan serta global. Dana itu juga memperluaskan pegangan ke dalam Aset Pendapatan Tetap Global bagi menjamin aliran pendapatan yang lebih stabil dan mampan.
Fokus Literasi Kewangan
Selaras dengan komitmen memperkasa literasi kewangan, PNB dan ASNB turut melancarkan kempen Labur & Level Up yang bermula 1 Jun 2025 hingga 31 Mac 2026.
Kempen ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1.18 juta kepada pelabur yang konsisten menambah simpanan melalui aplikasi myASNB.
Untuk menyertai, pelabur hanya perlu membuat pelaburan minimum RM100 atau mendaftar perkhidmatan Auto Labur dengan amaun bulanan serendah RM50 bagi melayakkan diri menyertai cabutan hadiah bulanan.
PNB menegaskan pencapaian ini mencerminkan keupayaan mereka mengurus dana secara berdisiplin dan terus menyokong matlamat kewangan jangka panjang golongan Bumiputera di sebalik persekitaran pasaran yang mencabar. - Media Telus
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
