Berita Sukan
Kemalangan jalan raya ragut nyawa bintang Liverpool, Diogo Jota
LONDON 3 Julai - Dunia bola sepak dikejutkan dengan pemergian tragis bintang Liverpool, Diogo Jota, yang maut dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanyol.
Menurut laporan media tempatan, pemain sayap kebangsaan Portugal berusia 28 tahun itu terlibat dalam nahas di Zamora, berhampiran bandar Palacios de Sanabria, ketika berada dalam sebuah kereta bersama adiknya, Andre. Kenderaan dinaiki mereka dikatakan terbabas sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia.
Jota merupakan pemain sayap kiri Liverpool sejak 2020 selepas berhijrah dari Wolverhampton Wanderers dengan nilai perpindahan sekitar £41 juta (RM236.26 juta). Sepanjang kariernya di Anfield, beliau telah mencipta pelbagai kejayaan dan menjadi antara tonggak utama skuad The Reds.
Apa yang lebih memilukan, pemain itu baharu sahaja mendirikan rumah tangga bersama Rute Cardoso pada 22 Jun lalu – hanya 10 hari sebelum tragedi itu berlaku. Pasangan tersebut dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Dalam satu hantaran Instagram yang dimuat naik selepas majlis perkahwinan mereka, pasangan itu menulis: "22 Jun 2025. Ya sehingga selama-lamanya." Gambar tersebut menerima lebih 190,000 tanda suka dan 1,000 komen daripada peminat serta rakan seperjuangan yang kini turut berkongsi rasa sedih atas kehilangan mengejut itu.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
