Berita Sukan
Hantaran misteri Lee Zii Jia cetus tanda tanya, peminat tertanya-tanya maksud tersirat
KUALA LUMPUR 4 Julai – Pemain perseorangan badminton profesional negara, Lee Zii Jia menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat selepas memuat naik beberapa lakaran gambar misteri di media sosial.
Hantaran tersebut, yang kini meraih lebih 71,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen, dipercayai mengandungi mesej tersirat, namun belum dapat dipastikan maksud sebenar perkongsian itu.
Zii Jia, yang kini berada di kedudukan ke-27 dunia, dijangka kembali ke gelanggang di Kejohanan Terbuka Jepun yang akan berlangsung dari 15 hingga 20 Julai ini.
Kedudukannya di ranking dunia merosot selepas hanya menyertai dua kejohanan sejak awal tahun berikutan kecederaan buku lali kanan yang dialaminya ketika aksi Final Jelajah Dunia pada Disember lalu.
Aksi terakhir pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu adalah di Kejohanan Seluruh England pada Mac, di mana beliau tersingkir seawal pusingan pertama.
Zii Jia, yang mencipta sejarah menjuarai Seluruh England 2021 selepas menewaskan Viktor Axelsen, turut menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia di China pada April lalu bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihan kecederaan.
Dengan Kejohanan Dunia 2025 di Paris semakin hampir — dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 31 Ogos — Zii Jia dijangka perlu memanfaatkan dua kejohanan penting sebelum itu iaitu Terbuka Jepun dan Terbuka China (22 hingga 27 Julai), sebagai medan pemanas badan dan mengumpul semula momentum. – Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
