Berita Politik
Penyatuan dalam UMNO perlu rendah ego dan kembali kepada asas perjuangan
SEREMBAN 5 Julai – Penyatuan dalam UMNO hanya akan dapat dicapai sekiranya semua pihak sanggup merendahkan ego dan kembali kepada asas perjuangan parti, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.
Menurut beliau, walaupun wujud perbezaan pendapat serta sejarah tindakan disiplin dalam kalangan ahli, semangat kekeluargaan perlu diutamakan demi kelangsungan dan masa depan UMNO.
“UMNO ini sebuah keluarga. Walaupun ada yang pernah dikenakan tindakan, jasa mereka kepada parti tidak boleh diketepikan.
“Yang penting sekarang ialah penyatuan, dan penyatuan tidak boleh berlaku secara sebelah pihak. Kalau sayangkan UMNO, rendahkan ego dan bersatulah di bawah parti ini,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban di Sikamat, malam tadi.
Mengulas perbincangan terkini dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT), beliau turut menyambut baik kesediaan Presiden UMNO untuk menerima rayuan daripada mana-mana ahli yang pernah dikenakan tindakan disiplin. – Media Telus.
Berita berkaitan
December 16, 2025, 11:12 am
Kenyataan Pemuda MIC terhadap Ahmad Zahid emosionaL, tidak matang
December 15, 2025, 2:51 pm
Zahid tegaskan UMNO tiada hubungan langsung dengan DAP
December 8, 2025, 5:28 pm
MCA kekal bersama BN
December 1, 2025, 10:55 am
Kekalahan bukan noktah: Abdul Rahman Dahlan gesa UMNO Sabah bangkit
November 30, 2025, 12:31 pm
Anwar ucap tahniah kepada Hajiji, janji terus perjuang hak Sabah
November 30, 2025, 10:57 am
PRN Sabah: Lamag hampir bertukar wakil rakyat, Bung menang tipis dengan calon bebas
November 30, 2025, 10:11 am
PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri bersama GRS
November 30, 2025, 8:18 am
Hajiji angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah
November 30, 2025, 12:14 am
BN sedia kerjasama dengan parti lain bentuk Kerajaan Negeri Sabah baharu - Ahmad Zahid
November 29, 2025, 10:42 pm
