Berita Politik
Ahmad Zahid: UMNO perlu ahli setia, bukan yang lari ketika kalah
BATU PAHAT 5 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti itu memerlukan ahli yang setia dan berpegang teguh kepada perjuangan, bukan mereka yang meninggalkan parti ketika berdepan kekalahan dan tidak lagi menjadi pemerintah.
Beliau berkata, ketika UMNO menjadi pembangkang selama 22 bulan sebelum ini, ramai ahli termasuk pemimpin meninggalkan parti dan gagal menunjukkan kesetiaan.
“Baru diuji sedikit, sudah lari… bagaimana dengan pemimpin terdahulu yang diuji lebih hebat tetapi kekal bersama parti?
“Selepas kekalahan, pelbagai dugaan menimpa kita. Antaranya, harta UMNO dirampas, akaun dibekukan. Saya dan ramai pemimpin UMNO pun diuji, tetapi rakyatlah yang mempertahankan parti ini,” katanya.
Menurut Ahmad Zahid, UMNO tidak memerlukan ahli yang hanya pandai berkata-kata tetapi menyusahkan, atau mereka yang berharta tetapi tidak memberi sumbangan kepada parti.
“Kita hanya mahukan ahli yang amanah dan taat setia kepada parti,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Dewan Orang Ramai Parit Raja, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Mohd Lassim Burhan.
Dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut merakamkan penghargaan kepada MIC dan MCA yang kekal bersama UMNO ketika gabungan itu berada di ambang kejatuhan.
“Kita tahu lebih 62 tahun UMNO menjadi tulang belakang pemerintahan negara, namun kita tidak pernah meninggalkan rakan dalam MCA dan MIC, sama ada dalam Perikatan atau BN.
“Sokongan mereka untuk membantu calon kita amat dihargai. Kalau ada kawan baharu, jangan lupakan kawan lama. Kesetiaan mereka amat bererti, terutama saat kita dalam kesusahan,” katanya. – Media Telus.
Berita berkaitan
December 16, 2025, 11:12 am
Kenyataan Pemuda MIC terhadap Ahmad Zahid emosionaL, tidak matang
December 15, 2025, 2:51 pm
Zahid tegaskan UMNO tiada hubungan langsung dengan DAP
December 8, 2025, 5:28 pm
MCA kekal bersama BN
December 1, 2025, 10:55 am
Kekalahan bukan noktah: Abdul Rahman Dahlan gesa UMNO Sabah bangkit
November 30, 2025, 12:31 pm
Anwar ucap tahniah kepada Hajiji, janji terus perjuang hak Sabah
November 30, 2025, 10:57 am
PRN Sabah: Lamag hampir bertukar wakil rakyat, Bung menang tipis dengan calon bebas
November 30, 2025, 10:11 am
PRN Sabah: BN sokong pembentukan Kerajaan Negeri bersama GRS
November 30, 2025, 8:18 am
Hajiji angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah
November 30, 2025, 12:14 am
BN sedia kerjasama dengan parti lain bentuk Kerajaan Negeri Sabah baharu - Ahmad Zahid
November 29, 2025, 10:42 pm
