Berita Sukan
JDT buka kempen pramusim dengan kemenangan bergaya ke atas Real Murcia Imperial
SEPANYOL 7 Julai – Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kem latihan pramusim mereka di Sepanyol dengan penuh bergaya apabila menewaskan Real Murcia Imperial 4-0 dalam aksi pembukaan yang berlangsung di Pusat Latihan Melia Villaitana.
Gergasi Liga Malaysia itu tampil dominan seawal minit kelima menerusi jaringan penyerang utama, Bergson da Silva, sebelum Jairo da Silva menambah gol kedua pada minit ke-20.
Romel Morales pula mencuri tumpuan di babak kedua apabila meledak dua gol berturut-turut masing-masing pada minit ke-56 dan 64, sekaligus melengkapkan kemenangan selesa buat skuad Harimau Selatan.
Kemenangan itu menjadi pembakar semangat buat anak buah Xisco Muñoz yang dijadualkan mengharungi lapan perlawanan persahabatan sepanjang kem latihan dari 2 hingga 24 Julai sebagai persiapan menghadapi musim 2025/26 yang padat.
JDT bakal menyertai tiga kejohanan utama musim ini iaitu Liga Malaysia, Liga Juara-Juara Asia Elit dan Kejuaraan Kelab ASEAN.
Selepas aksi menentang Real Murcia Imperial, Harimau Selatan dijadualkan menentang Costa City pada 7 Julai dan Cardiff City, kelab Liga Kejuaraan England, pada 9 Julai.
Antara kelab lain yang akan menjadi pencabar JDT dalam siri pramusim ini termasuk Levante UD (12 Julai), Valencia Mestalla (14 Julai), Al Rayyan SC (16 Julai), Al Arabi SC (19 Julai) dan Riyadh FC dari Arab Saudi sebagai penutup kempen pramusim pada 21 Julai. – Media Telus.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
