Berita Sukan
FAM sahkan tiada penganjuran Pestabola Merdeka 2025
KUALA LUMPUR 7 Julai – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan tiada penganjuran kejohanan Pestabola Merdeka tahun ini susulan komitmen skuad Harimau Malaya menyertai kejohanan Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, keutamaan tahun ini diberikan kepada penyertaan dalam kejohanan CAFA sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi saingan lebih besar akan datang.
“Bagi tahun ini, kita tidak buat Pestabola Merdeka kerana Harimau Malaya akan sertai Piala CAFA 2025. Jadi persiapan pasukan lebih terarah kepada kejohanan itu,” katanya.
Untuk rekod, pada edisi Pestabola Merdeka 2024, Malaysia muncul juara selepas menewaskan Lubnan 1-0 di perlawanan akhir, sekali gus menebus kekalahan kepada Tajikistan pada final 2023.
Dalam saingan CAFA 2025 yang akan berlangsung di Tajikistan, Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan B bersama Iran (ranking ke-18 dunia), Tajikistan (104) dan Afghanistan (160). Malaysia kini berada di kedudukan ke-131 dunia.
Skuad negara akan memulakan kempen menentang tuan rumah, Tajikistan pada 29 Ogos, disusuli perlawanan menentang Iran pada 1 September dan aksi terakhir kumpulan menentang Afghanistan pada 4 September.
Sementara itu, Kumpulan A menyaksikan Uzbekistan, satu lagi pasukan Piala Dunia 2026, akan bersaing bersama Kyrgyzstan, Turkmenistan dan Oman. Hanya juara kumpulan akan layak ke perlawanan akhir, manakala aksi penentuan tempat ketiga dan final dijadualkan berlangsung pada 8 September.
Penyertaan sebagai pasukan jemputan dalam kejohanan CAFA itu dilihat sebagai peluang terbaik untuk Harimau Malaya menguji tahap persediaan sebelum menghadapi dua aksi penting kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos pada 9 dan 14 Oktober depan.
Skuad kendalian Peter Cklamovski dijangka memberi tumpuan penuh kepada perlawanan kelayakan tersebut bagi mencerahkan peluang muncul juara Kumpulan F dan melayakkan diri ke pusingan akhir. – Media Telus.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
