Berita Sukan
KRW FC perlukan RM4 juta tambah dana hadapi musim baharu
KOTA BHARU 8 Julai – Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warriors (KRW FC) memerlukan dana tambahan sebanyak RM4 juta bagi mengukuhkan kedudukan kewangan pasukan menjelang musim hadapan.
Pemilik kelab, Nik Hafiz Naim Nik Hassan berkata, pihaknya kini dalam usaha mendapatkan lebih banyak tajaan, terutamanya bagi menghadapi saingan Liga Super dan Liga AI Semi-Pro 2025/2026.
“Tajaan yang besar amat membantu kerana kita bergerak melalui penajaan. Ia akan merancakkan lagi prestasi pasukan dan memastikan kelangsungan dalam saingan liga,” katanya pada sidang media pengumuman penaja utama KRW FC, malam tadi.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pemasaran Naskeen Coffee, Al Amin Hazimi Mohd Al, serta pemilik BardGym, Mohd Badrul Insan Kauzi.
Menurut Nik Hafiz, Naskeen Coffee dan BardGym tampil sebagai penaja utama kelab dengan nilai keseluruhan RM1 juta, yang merangkumi RM500,000 dalam bentuk tunai dan selebihnya dalam bentuk perkhidmatan.
“Kita berharap selepas ini lebih ramai pihak tampil memberi sokongan dalam bentuk tajaan bagi membantu mengembalikan kegemilangan bola sepak Kelantan,” ujarnya. – Media Telus.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
