Berita Sukan
Tierney yakin Harimau Muda mampu cemerlang di Piala ASEAN B-23
KUALA LUMPUR 9 Julai – Penyerang Harimau Muda, Fergus Tierney menyuarakan keyakinan terhadap kemampuan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara menjelang saingan Piala ASEAN B-23 yang akan bermula pada 15 Julai ini di Jakarta, Indonesia.
Menurut Tierney, semangat juang tinggi yang dipamerkan rakan sepasukan dalam sesi latihan serta pendekatan taktikal yang diterapkan pengendali pasukan, Nafuzi Zain menjadi suntikan semangat dalam misi mencipta kejayaan pada kejohanan kali ini.
“Kami menjalani latihan yang sangat bagus bersama jurulatih Nafuzi. Setiap hari kami belajar sesuatu yang baharu dan masih ada seminggu lagi sebelum kejohanan bermula. Jadi ada ruang untuk terus memantapkan pasukan,” katanya.
Mengulas mengenai sasaran pasukan, pemain kacukan itu menegaskan bahawa Harimau Muda tidak gentar berdepan mana-mana lawan dan akan turun dengan misi untuk menang dalam setiap perlawanan.
“Kami ingin menang semua perlawanan. Tak kisah siapa lawan kami, matlamat tetap sama iaitu menang setiap kali turun ke padang.
“Semua tahu bagaimana sokongan yang diberikan oleh penyokong mereka. Tapi saya sangat teruja untuk beraksi di hadapan mereka. Jika ada tekanan, tekanan menciptakan bintang,” ujarnya.
Untuk edisi kelima kejohanan kali ini, Harimau Muda disasarkan sekurang-kurangnya mara ke peringkat separuh akhir.
Dalam saingan Kumpulan A, Malaysia akan berdepan cabaran sengit pasukan tuan rumah Indonesia, selain Filipina dan Brunei bagi merebut slot ke peringkat kalah mati. – Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
