Berita Hiburan
Filem komedi Islamik ‘Isan Nikah’ dari Thailand tembusi pawagam Malaysia 17 Julai ini
KUALA LUMPUR 9 Julai – Selepas kejayaan filem seram Islamik Khong Khaek pada tahun lalu, syarikat produksi Thailand, Monwichit Entertainment kini kembali dengan naskhah terbaharu bergenre komedi bertajuk Isan Nikah, yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 17 Julai 2025.
Pengarah filem, Kriangkrai Monwichit berkata Isan Nikah menampilkan kisah perkahwinan campur yang mengangkat perbezaan agama dan budaya sebagai elemen utama dalam sebuah cerita komedi yang sarat dengan mesej serta nilai kemanusiaan.
“Filem ini mengetengahkan isu perkahwinan antara seorang gadis Muslim dengan kekasihnya yang beragama Buddha, yang kemudiannya memeluk Islam. Namun, perkahwinan mereka cuba digagalkan oleh abang kepada gadis tersebut melalui pelbagai cara lucu,” katanya.
Selain jalan cerita yang mencuit hati, Kriangkrai turut menyatakan bahawa filem ini memberi penghormatan kepada budaya masyarakat tempatan di selatan Thailand termasuk bahasa, makanan, sejarah dan tempat pelancongan.
Isan Nikah dibintangi barisan pelakon popular Thailand seperti Nattawut Sanyabut, Chatchai Chinnasri, Kamonporn Sangwatcharasoontorn, Adull Borsu, serta influencer terkenal Amadkuciasree Doloh @ Chalee.
Sementara itu, Pengarah Urusan Empire Film Solution Sdn. Bhd., Mohamad Zubir Badar Shair berkata pihaknya tertarik membawa filem tersebut ke Malaysia kerana kelainan dan kekuatan mesej yang diketengahkan.
“Sudah tiba masanya penonton tempatan disajikan dengan filem komedi Islamik dari Thailand yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut membuka ruang pemahaman budaya masyarakat Muslim di selatan Thailand yang jarang dipaparkan,” ujarnya.
Beliau menambah, filem ini diharap mendapat sambutan hangat sekaligus membuka peluang lebih luas kepada karya berunsur Islamik dan komedi dari Thailand untuk menembusi pasaran Malaysia pada masa akan datang. – Media Telus
Berita berkaitan
March 16, 2026, 10:58 am
Aedy Ashraf ambil risiko besar terbitkan Tarung: Unforgiven
February 4, 2026, 10:52 am
Tarian penonton cetus kontroversi, penganjur Makar Fest XL tampil mohon maaf terbuka
January 27, 2026, 12:33 pm
Nora Ariffin tarik balik tuntutan cerai, pilih teruskan perkahwinan
January 23, 2026, 9:15 am
Fazura umum bersara daripada drama televisyen tempatan
January 20, 2026, 10:22 am
Brooklyn Beckham putus hubungan dengan keluarga, dakwa membesar dalam pembohongan
January 14, 2026, 2:42 pm
Filem ‘Ozora’ angkat kisah benar penganiayaan David Ozora di Jakarta
December 28, 2025, 4:39 pm
Rasa seperti renjatan elektrik di dada ketika latihan - Remy Ishak
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
