Berita Sukan
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
PINATAR 10 Julai – Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan aksi konsisten dalam siri jelajah pramusim di Sepanyol apabila berjaya mencatat keputusan seri 2-2 menentang kelab EFL Championship, Cardiff City dalam satu perlawanan penuh intensiti di Pinatar Arena.
Pertemuan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan pantas dan agresif, namun JDT berdepan cabaran sukar apabila beraksi dengan 10 pemain selepas Moussa Sidibé dilayangkan kad merah kerana kekasaran keras pada penghujung babak pertama.
Cardiff mengambil kesempatan dengan membuka tirai jaringan seawal tiga minit babak kedua menerusi David Turnbull.
Namun begitu, JDT menunjukkan semangat juang tinggi apabila penyerang baharu, Jairo Da Silva menyamakan kedudukan hasil satu penyudah kemas dalam kotak penalti.
Cardiff kembali mendahului selepas Robin Colwill menyempurnakan sepakan percuma cantik yang menewaskan penjaga gol JDT, Andoni Zubiaurre.
Pertemuan semakin panas apabila pemain gantian Cardiff, Yousef Salech, turut dilayangkan kad merah kerana terjahan kasar ke atas pemain JDT.
Ketika perlawanan hampir tamat, Oscar Arribas muncul wira Harimau Selatan apabila menjaringkan gol penyamaan selepas memanfaatkan kesilapan barisan pertahanan dan penjaga gol lawan.
Keputusan seri ini mengekalkan rekod tanpa kalah JDT dalam siri jelajah pramusim di Sepanyol dan memberikan pengalaman kompetitif berguna menjelang musim baharu Liga Malaysia. – Media Telus
Berita berkaitan
April 23, 2026, 5:19 pm
Harga tiket Final Piala Malaysia kekal, serendah RM50
April 14, 2026, 2:23 pm
Kerajaan peruntuk RM3 juta perkukuh pembangunan sukan sepak takraw negara
March 31, 2026, 11:56 am
Gaji tidak dibayar, legenda import bola sepak Kedah terpaksa mengemis di sosial media
March 25, 2026, 7:21 pm
JDT diundi laluan sukar, berpotensi bertemu juara bertahan
March 25, 2026, 9:36 am
AFC denda JDT RM24,172
March 19, 2026, 11:19 am
JDT buru musim tanpa kalah selepas belasah PDRM FC 7-0
March 18, 2026, 9:45 am
JDT di landasan pecah rekod dunia kejuaraan liga
March 13, 2026, 10:21 am
JDT raih kira-kira RM8.5 juta selepas mara suku akhir ACLE
March 9, 2026, 10:25 am
