Berita Sukan
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
KUALA LUMPUR 11 Julai – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak menolak kemungkinan berlakunya pindaan terhadap jadual Liga Super 2025 yang baharu sahaja diumumkan, susulan sesi undian Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) yang dijadual berlangsung pada 15 Ogos depan.
Menurut kenyataan rasmi MFL hari ini, perubahan itu berkemungkinan melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC yang bakal beraksi di pentas Asia mewakili Malaysia.
“MFL kali ini telah mengeluarkan kalendar penuh semusim berbanding musim lalu yang diumumkan secara berperingkat. Namun kami ingin menjelaskan bahawa kemungkinan pindaan jadual akan berlaku memandangkan undian ACLE dan ACL2 masih belum berlangsung,” jelas kenyataan itu.
Perlawanan pembuka tirai Liga Super menyaksikan pertembungan klasik antara JDT dan Selangor FC dalam aksi Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim pada 8 Ogos depan.
Sementara itu, Piala FA akan bermula pada 15 Ogos dengan aksi final dijadual berlangsung pada 14 Disember. Manakala Piala Malaysia akan membuka tirai pada 17 Januari 2026 dan menutup musim dengan final pada 23 Mei 2026.
Saingan Piala Cabaran pula akan bermula 6 Februari, dengan dua perlawanan akhir berlangsung pada 4 dan 18 April 2026.
Musim lalu, MFL menerima kritikan hebat daripada penyokong dan pihak kelab susulan perubahan jadual yang kerap berlaku hingga menjejaskan persediaan pasukan dan kelancaran pertandingan.
Menurut MFL, antara faktor kelewatan mengumumkan jadual musim ini adalah kerana penglibatan JDT dan Selangor dalam Kejohanan Kelab ASEAN, yang jadualnya hanya diumumkan baru-baru ini oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).
“Jadual lengkap kejohanan kelab ASEAN itu baru sahaja dikeluarkan oleh AFF semalam. Ia secara tidak langsung menyukarkan MFL untuk merangka kalendar Liga Malaysia lebih awal untuk dikongsikan bersama kelab dan penyokong,” tambah kenyataan itu.
MFL bagaimanapun memberi jaminan akan terus memastikan kelancaran perjalanan liga walaupun berdepan cabaran melibatkan penyertaan kelab dalam kejohanan serantau dan benua. — Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
