Berita Hiburan
'Habis semua manusia kepoh tuduh aku!!' - Awie desak Amy Search tampil jelaskan kontroversi serangan Shila Amzah
KUALA LUMPUR 12 Julai - Penyanyi rock terkenal, Datuk Awie menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam insiden serangan terhadap Shila Amzah yang berlaku ketika sesi latihan konsert baru-baru ini di Stadium Merdeka.
Dalam satu hantaran di Facebook, Awie meluahkan rasa kecewa apabila namanya dikaitkan oleh netizen, sedangkan beliau langsung tidak terlibat.
“Amy Search, kau cerita benda betul. Habis semua manusia kepoh tuduh aku! Ambillah tanggungjawab ini. Beritahu perkara sebenar. Penat dan sesak dada aku nak membaca dan menjawab hal kau!” kata Awie.
Netizen memenuhi ruangan komen dengan pelbagai reaksi, ada yang menyatakan sokongan kepada Awie dan ada yang menggesa Amy Search untuk tampil memberi penjelasan bagi membersihkan nama rakannya itu.
Kontroversi tercetus selepas Shila Amzah mendakwa dirinya mengalami anxiety akibat diserang oleh seorang artis legenda semasa latihan konsert. Pihak pengurusannya mengesahkan laporan polis telah dibuat, dan polis telah membuka kertas siasatan serta memanggil saksi bagi membantu siasatan.
Nama-nama seperti Awie, Amy Search dan Ella mula disebut dalam spekulasi netizen kerana turut membuat persembahan dalam konsert yang sama.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
