Berita Sukan
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
KUALA LUMPUR 13 Julai – Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) menerima suntikan semangat besar menjelang musim baharu Liga Malaysia (Liga M) 2025/26 apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan berjumlah RM1 juta kepada persatuan itu.
Pengumuman itu dibuat dalam ucapan Anwar sempena Sambutan Jubli Emas KLFA yang berlangsung semalam.
"Ini satu-satunya acara yang saya hadiri di mana tidak orang meminta dana. Jadi saya ucapkan terima kasih dan walaupun tidak memohon (dana), saya berikan RM1 juta," kata Anwar.
Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri turut melancarkan logo baharu KL City FC serta memperkenalkan jersi baharu pasukan itu untuk menghadapi musim 2025/26.
Anwar turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha KLFA dalam memperkukuh pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dan menyambung semula legasi kegemilangan pasukan itu.
Beliau menyifatkan komitmen dan pendekatan KLFA – khususnya melalui Penaung KLFA merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, serta Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar – sebagai satu visi yang melangkaui dimensi sukan semata-mata.
"Saya pernah katakan bahawa jangan terlalu fokus tetapi apabila membabitkan fasiliti, kita boleh membantu mengembangkan sukan khususnya bola sepak.
Ini kerana ia membabitkan banyak pihak dan diikuti ramai orang," katanya.
Peruntukan ini dilihat sebagai langkah positif bagi memperkukuh lagi usaha KLFA membina pasukan yang lebih kompetitif selain memperluaskan program pembangunan bola sepak di Kuala Lumpur.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
