Berita Hiburan
Masuk campur urusan keluarga jadi punca Shila Amzah diserang – Polis
KUALA LUMPUR, 13 Julai – Polis mengesahkan rasa tidak puas hati kerana mencampuri urusan keluarga menjadi punca penyanyi Shila Amzah didakwa diserang secara verbal oleh seorang artis legenda ketika sesi latihan konsert baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, siasatan awal mendapati insiden berkenaan berpunca daripada ketegangan peribadi antara suspek dan pengadu.
“Siasatan kita mendapati punca kejadian ini adalah rasa tidak puas hati suspek terhadap pengadu yang mencampuri masalah keluarganya,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.
Menurut beliau, setakat ini, polis telah merakam percakapan empat individu termasuk saksi yang berada di lokasi kejadian serta suspek terbabit.
“Suspek yang terbabit dalam kejadian ini juga sudah dirakam keterangan,” tambahnya.
Mohamed Usuf turut memaklumkan bahawa tiada laporan tambahan diterima daripada mana-mana pihak selain laporan asal yang dibuat oleh Shila Amzah sendiri.
Terdahulu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar jam 5.31 petang, Khamis lalu.
Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
