Berita Hiburan
Nabila Huda tampil pertahan 'seseorang', dakwa wanita berstatus datin porak peranda rumah tangga
KUALA LUMPUR 14 Julai – Pelakon popular, Nabila Huda sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik video yang didakwa sebagai monolog untuk watak terbaharu yang bakal dibawanya, namun dilihat seolah-olah mempertahankan seorang individu yang tidak dinamakan.
Dalam video berdurasi pendek itu, Nabila atau mesra disapa Abil menjelaskan bahawa individu terbabit adalah seorang yang sangat merendah diri, sopan dan tenang, jauh berbeza daripada gambaran negatif yang dilemparkan terhadapnya.
“Saya kenal dia, dia bukan seperti yang diperkatakan. Dia sangat merendah diri, sopan dan tenang. Dia ajar saya untuk hidup merendah diri,” katanya sambil mempersoalkan pihak yang sebenarnya mencetuskan kekecohan.
“Sekarang siapa perempuan yang buat porak-peranda?” soal Abil.
Tambahnya lagi, wanita berstatus ‘datin’ yang didakwa terlibat dalam konflik tersebut tidak pernah berubah, malah menurutnya, suami wanita itu kini terpaksa menanggung segala akibat.
“Orang senyap saja tak cakap apa-apa dan tak dapat bersuara. Tetapi bukan tak dapat, boleh nak bersuara tetapi orang semua terlalu menghormati suami engkau,” katanya lagi.
Abil juga menyatakan bahawa ramai yang masih takut untuk mendedahkan kebenaran walaupun sudah tiba masanya untuk bersuara.
Sebelum ini, pelakon berkenaan turut memuat naik video berunsur sindiran dipercayai ditujukan kepada individu sama. Namun, beliau kemudian menjelaskan bahawa ia hanyalah sebahagian daripada persediaan untuk ‘job’ lakonan terbaharunya.
Bagaimanapun, kenyataan dan muat naik itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang terus membuat spekulasi mengenai ‘si datin’ yang dimaksudkan. - Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
