Berita Berita
Bas Smart Selangor terbalik di Bukit Sentosa, dua cedera ringan
RAWANG 14 Julai – Dua individu cedera ringan selepas bas Smart Selangor yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik dalam kemalangan di Jalan Tulip 3, Bukit Sentosa, di sini pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.16 pagi.
Susulan laporan itu, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira enam kilometer dari balai.
“Sebaik tiba, Komander Operasi melaporkan sebuah bas Smart Selangor terbabas dan terbalik.
“Kemalangan itu mengakibatkan seorang wanita berusia 38 tahun dan anak perempuannya yang berumur sembilan tahun mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pemandu bas berusia 57 tahun serta seorang lagi penumpang lelaki berusia 17 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk rawatan lanjut oleh pasukan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). - Media Telus
Berita berkaitan
November 25, 2025, 6:21 pm
'Ada cubaan untuk menyerang saya' - Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik PM
November 25, 2025, 5:46 pm
Lelaki dipenjara lima tahun cuba langgar, bunuh polis di stesen minyak di Klang
November 25, 2025, 3:55 pm
PRN Sabah: Fahmi nafi dakwaan PH biayai kempen media sosial RM8 juta burukkan Warisan
November 25, 2025, 3:22 pm
Jaga-jaga, hujan sangat lebat berterusan landa Kelantan, Terengganu hingga esok - MetMalaysia
November 25, 2025, 2:35 pm
'Arah mangsa tutup mata, tanggal pakaian' - Guru sekolah agama disyaki cabul 2 murid perempuan di Batu Pahat
November 25, 2025, 2:25 pm
Dolla adakan pertemuan bersama Menteri Komunikasi
November 25, 2025, 2:20 pm
Nadma tidak halang NGO salur bantuan kepada mangsa banjir
November 25, 2025, 2:16 pm
Laluan ke Stesen KTMB Arau ditutup susulan banjir
November 25, 2025, 2:10 pm
