Berita Hiburan
Kertas siasatan insiden serang Shila Amzah dihantar ke Pendakwa Raya hari ini
KUALA LUMPUR, 15 Julai – Siasatan polis berhubung dakwaan serangan terhadap penyanyi terkenal Shila Amzah oleh seorang artis legenda lelaki ketika sesi latihan konsert dijangka memasuki fasa pendakwaan, apabila kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Kuala Lumpur, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad memaklumkan bahawa siasatan kini berada pada peringkat akhir dengan beberapa keterangan penting telah dirakam.
“Setakat ini, empat individu termasuk pengadu telah memberikan keterangan dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada pihak pendakwa raya untuk penelitian serta arahan lanjut,” katanya kepada Harian Metro.
Insiden yang berlaku semasa sesi latihan konsert di Stadium Merdeka itu menjadi tumpuan ramai selepas Shila sendiri memuat naik kenyataan di Instagram Story yang menyatakan dirinya diserang secara fizikal oleh seorang penyanyi lelaki yang cukup dikenali dalam industri.
Sumber siasatan awal polis mendedahkan bahawa konflik dalaman berkaitan campur tangan dalam urusan peribadi atau keluarga menjadi antara punca utama tercetusnya ketegangan yang membawa kepada insiden tersebut.
Kes ini terus mencuri perhatian peminat serta warga industri hiburan tempatan, dengan ramai menzahirkan sokongan kepada Shila sambil menyeru agar tindakan sewajarnya diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
