Berita Ekonomi
Delegasi Malaysia teroka peluang ekonomi berkembang di Zambia
LUSAKA, ZAMBIA, 15 Julai — Zambia kini menjadi tumpuan pelabur Malaysia apabila enam syarikat terkemuka bersama 15 delegasi memulakan misi perdagangan bersejarah di negara Afrika Selatan itu bermula semalam hingga 19 Julai ini.
Misi perdagangan yang julung kali diadakan ini menjadi jambatan penting untuk meneroka potensi besar Zambia dalam sektor strategik, sambil mengukuhkan hubungan dagang dua hala.
Inisiatif ini diterajui oleh My Events International dengan kerjasama erat Kedutaan Zambia di Malaysia, MATRADE, Kedutaan Malaysia di Zimbabwe serta Agensi Pembangunan Zambia (ZDA).
Ia juga menjadi platform utama bagi Malaysia mengintai peluang pelaburan dalam sektor yang sedang berkembang pesat termasuk perlombongan, pertanian, tenaga dan pelancongan.
“Kami amat berbangga menerima kunjungan delegasi Malaysia yang hadir dengan semangat untuk membina kerjasama ekonomi yang kukuh,” kata Lilian Bwalya, Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Zambia.
Beliau turut memuji usaha My Events International dalam menghubungkan komuniti perniagaan kedua-dua negara.
Duta Besar Zambia ke Malaysia, Mr. Morecome Mumba, yang memainkan peranan penting dalam menjayakan misi ini berkata, penyertaan syarikat Malaysia bukan sahaja memberi nilai tambah kepada ekonomi Zambia, malah membuka ruang kerjasama rentas sektor.
"Saya menggalakkan pelabur Malaysia untuk turut melihat Zambia sebagai destinasi pelancongan yang kaya budaya dan alam semula jadi selain potensi perniagaan,” katanya.
Dalam ucapan rasmi sempena majlis sambutan delegasi, Pengarah Urusan Agensi Pembangunan Zambia (ZDA), Albert Halwampa, menegaskan Zambia menawarkan iklim pelaburan yang stabil dengan pelbagai insentif kepada pelabur asing.
“Zambia membuka pintunya kepada rakan kongsi antarabangsa dan kami percaya lawatan ini bakal memacu pertumbuhan dua hala yang lebih dinamik,” katanya.
Sepanjang misi ini, delegasi Malaysia bakal mengadakan sesi padanan perniagaan, pertemuan bersama pegawai kanan kerajaan, lawatan ke tapak projek serta forum perniagaan bagi mengenal pasti peluang pelaburan yang bersesuaian dengan kekuatan syarikat Malaysia serta keutamaan pembangunan Zambia.
Sementara itu, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Zimbabwe, Aniff, mengucapkan penghargaan kepada My Events International khususnya kepada Dailan Muhammad Ravi atas penganjuran misi ini.
Beliau turut menyeru agar lebih ramai pemain industri Malaysia mengambil langkah proaktif meneroka pasaran Afrika, khususnya Zambia.
Inisiatif ini mencerminkan kesungguhan kedua-dua negara dalam memperkukuh jaringan ekonomi rentas benua sekaligus membuka lembaran baharu dalam kerjasama perdagangan Malaysia-Zambia. - Media Telus
Berita berkaitan
February 26, 2026, 5:29 pm
Keuntungan bersih Maybank naik 4.2 peratus kepada RM10.51 bilion pada TK2025
February 19, 2026, 2:21 pm
Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026
February 19, 2026, 12:18 pm
KWSP tambah pegangan Sunway susulan tawaran ambil alih IJM bernilai RM11b
February 12, 2026, 10:30 am
Hijrah Selangor perkukuh kerjasama dengan TERAJU, perkasa masa depan usahawan ke peringkat lebih tinggi
December 18, 2025, 12:12 pm
Ringgit kukuh ke paras tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding dolar AS
December 17, 2025, 1:25 pm
Perodua lancar traz SUV baharu, sasaran jualan 1,900 unit sebulan
December 1, 2025, 11:32 am
Perodua perkenal EV pertama QV-E berharga RM80,000
November 18, 2025, 5:45 pm
Saga Serba Baharu cipta fenomena, satu tempahan diterima setiap 43 saat
November 17, 2025, 11:45 am
Pendapatan pelaburan KWSP melonjak RM63.99 bilion dalam sembilan bulan
November 14, 2025, 5:03 pm
