Berita Sukan
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
KUALA LUMPUR 9 Julai – Tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dipinjamkan ke Kuala Lumpur City FC (KL City) sah boleh diturunkan dalam perlawanan menentang pasukan asal mereka dalam saingan Liga Malaysia musim depan.
Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Seri Syed Yazid Syed Omar, mengesahkan bahawa pemain dipinjamkan daripada JDT ke KL City iaitu Safawi Rasid, Syamer Kutty Abba dan Manuel Hidalgo tidak terikat dengan sebarang larangan untuk beraksi menentang Harimau Selatan.
“Kalau kita ada perlawanan menentang JDT, pemain-pemain yang dipinjamkan kepada KL City tetap boleh bermain,” katanya.
Kenyataan itu sejajar dengan penegasan terdahulu oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail, yang menjelaskan bahawa semua pemain JDT yang dipinjamkan tidak tertakluk kepada sebarang ‘gentlemen agreement’ atau klausa yang menghalang mereka daripada bermain menentang kelab asal.
Untuk rekod, selain KL City, beberapa pemain JDT turut dipinjamkan ke pasukan lain dalam Liga Malaysia, termasuk Negeri Sembilan FC, Terengganu FC dan Kuching City FC.
Sementara itu, mengulas tentang keadaan semasa KLFA, Syed Yazid menyatakan bahawa isu tunggakan gaji yang sebelum ini membelenggu pasukan dijangka tidak akan berulang pada musim akan datang.
Beliau memaklumkan bahawa pengurusan baharu kini berada dalam keadaan stabil dan semua komitmen kewangan terhadap pemain serta pegawai pasukan telah dipenuhi.
“Ya, semuanya stabil. Setakat ini tiada tunggakan gaji. Setakat daripada pengurusan baharu dan saya sebagai presiden, semua berjalan dengan lancar,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan bahawa isu-isu terdahulu telah diselesaikan secara rundingan bersama pemain dan pegawai yang terlibat.
“Perkara lama kita selesaikan dengan pemain dan pegawai. Mereka pun bersetuju. Baki jumlah yang perlu dijelaskan juga tidak banyak,” katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
